CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, May 29

Karut-marut dalam akad nikah

Aku sudah melihat beberapa kali majlis akad nikah sebelum aku sendiri melafazkan akad nikah. Walaupun lafaz akad nikah ni nampak simple tapi orang yang melafazkannya (pengantin lelaki) sajalah yang faham debarannya. Aku sendiri secara peribadi takde rasa berdebar ke apa, hatta bila dah sampai di Masjid Kampung Pulau Rusa (tempat akad nikah) pun, aku masih lagi tak rasa apa-apa. Cool lah konon-konon tu. Tapi bila aku duduk je atas bantal pengantin lelaki & menghadap bakal ayah mentua, masa tu aku rasa macam gelap semacam. Waktu ayah mentua aku hulur tangan, aku rasa macam duduk tak jejak kat tanah. Aku pilih untuk tak nak fikir apa-apa waktu tu, sebab kalau fikir, ianya akan mengganggu konsentrasi.

Lafaz ijab & kabul mengambil masa tak sampai 10 saat pun tapi dalam masa tak sampai 10 saat itulah, aku rasa langit macam nak runtuh. Bila tok kadi kata SAH je, rasa macam terlepas daripada hukuman gantung sampai mati, rasa macam diberi satu lagi nyawa untuk hidup. Alhamdulillah, semuanya selesai dengan hanya sekali lafaz. Yang menariknya, aku tak pernah rehearsal pun. Cuma kira-kira seminggu sebelum nikah aku ada berjumpa ayah mentua & kami berbincang soal akad nikah ni. Ayah mentua bertanyakan kepada aku, selalunya dengar orang lafaz kabul ni macam mana. Terus aku teringat time member baik aku Wan Adam al-Baqir nikah, dia cuma setakat sebut "Aku terima nikahnya dengan mas kahwin seperti yang tersebut". So aku kata kalau boleh aku nak jawab macam tu la (nak senang-senang je sebenarnya, haha). Ayah mentua pun kata "Elok dah tu, cuma hujung tu tambah "yang tersebut ITU"". Aku no hal je, heheh. So betapa mudahnya akad nikahnya ni, pengantin lelaki tak payah nak ulang balik nama isteri & kadar mas kahwin, cukup sekadar reference "nya" & "tersebut" yang merujuk kepada nama isteri & kadar mas kahwin. Kalau nak diikutkan lagi mudah, biar pengantin lelaki sendiri kata "Tok imam, nikahkan saya dengan si polan binti si polan..." & tok kadi cuma perlu jawab "Ya, saya nikahkan", maka sudah sah nikah tu. Apa yang nak disusah-susahkan sangat?

Aku rasa bab ijab & kabul ni bergantung kepada sejauh mana orang-orang di sekeliling mahu untuk mempermudahkannya. Aku perhatikan banyak sangat dah terpesong bab ijab & kabul ni sampai menyusahkan pengantin sampai berpeluh-peluh & tergagap-gagap. Antara yang sempat aku observe (sama sekali tidak berniat untuk menyentuh mana-mana pihak tapi kalau terkena tu kira nasiblah ye):

1. Lafaz kabul (pengantin lelaki) mestilah dalam satu nafas. Ini ialah budaya paling karut sekali dalam akad nikah & tok kadi yang insist untuk buat benda ni elok dilempar je ke dalam laut. Siapa yang ajar entah lafaz ijab & kabul mesti dalam satu nafas. Yang sebetulnya lafaz ijab & kabul mesti dalam satu majlis. Misalnya, lepas tok kadi kata "Aku nikahkan akan dikau...", pengantin lelaki hendaklah segera menyambut "Aku terima nikahnya...", tanpa bertangguh terlalu lama. Maknanya kalau lepas tok kadi sebut "Aku nikahkan akan dikau..." tiba-tiba pengantin lelaki kata "Tok imam, kita minum dulu...", tu baru terputus majlis. Atau semasa pengantin lelaki kata "Aku terima nikahnya si polan binti si polan dengan mas kahwinnya, eh, berapa eh?" lepas tu ada lak saksi yang menyahut "RM10,000", dalam keadaan macam tu baru dikira majlis terputus. Kalau sekadar menarik nafas sebab nama pengantin perempuannya panjang sangat, itu tak dikira apa-apa, lafaz kabul masih sah. Kenapa nak suruh pengantin lelaki ulang semula?

2. Nama kalau ada @, misalnya Siti binti Abu @ Ali, so bila lafaz kita akan sebut Abu alias Ali. Ada sesetengah tok kadi yang kata jangan sebut alias sebab nama akan berubah menjadi Abu Alias Ali. So tok kadi akan suruh sebut Abu kemudian diam 2,3 saat sebelum sebut Ali. Ini pun karut jugak sebab kalau dah kat majlis tu, ada sorang je Siti binti Abu alias Ali & semua orang tau nama tu merujuk kepada empunya diri yang ada kat situ, kita bukan refer anak Abu Alias Ali yang entah wujud atau tak. Kalau diam, ianya bukan Abu @ Ali, tapi Abu Ali, mana ada Siti binti Abu Ali dalam majlis akad nikah tu? (Kalau nak ikut logik tok kadi tu la kan). So nak sebut Abu alias Ali ke, Abu atau Ali atau sebut Abu saja atau Ali saja, semuanya sah. Tak ke naya kat pengantin lelaki kalau disuruh ulang semula.

3. Pernah aku dengar pengantin lelaki berbalah dengan tok kadi soal mas kahwin apabila pasangan pengantin memilih untuk menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin. Katalah mas kahwinnya 10 dinar Kelantan, 1 dinar = RM700, maka 10 dinar = RM7000. Sebenarnya kalau disebut lafaz ijab & kabul "dengan mas kahwinnya 10 dinar Kelantan" pun sudah sah tapi ada tok kadi bingung yang insist sebut "dengan mas kahwinnya 10 dinar Kelantan bersamaan RM7000". Masalahnya harga dinar emas tak setetap tu, ada masanya 1 dinar boleh jadi RM699, maka kalau niat mas kahwinnya RM10,000, berapa dinar yang diperlukan untuk mencukupkan RM10,000, kan dah pening kepala! Sebenarnya cukuplah disebut berapa dinar Kelantan, kalau 10 dinar, 10 lah, kalau 20, 20 lah. Kenapa pulak nak kena ada bersamaan, ini bukannya kelas matematik!

Itu sekadar tiga contoh untuk bab ijab & kabul je. Belum masuk soal mahar / mas kahwin / hantaran, kenduri, majlis bertandang, pelamin, bersanding & lain-lain lagi. Kebanyakan adat & budaya sangat menyusahkan pengantin baik yang lelaki mahu pun yang perempuan.

Ambil contoh majlis resepsi misalnya, kalau diadakan waktu malam, mesti pengantin perempuan (kadang-kadang dengan pengantin lelaki sekali) skip solat maghrib atas alasan boleh qada' nanti (mazhab mana ntah yang ajar boleh qada' solat atas sebab make up untuk majlis kahwin). Yang buat kenduri siang pun tak kurang sakannya, kalau buat tengahari, membawak sampai ke petang, habis dengan pengantin, mak ayah pengantin, adik-beradik pengantin semua tak solat zohor dek kerana sibuk melayan tetamu. Di manakah keberkatannya? Jawablah sendiri.

Bab datang jemputan walimah pun satu hal juga. Di sesetengah tempat, "salam cangkuk" tu dah macam wajib bagi tetamu. (Salam cangkuk ialah terminologi yang digunakan oleh tetamu yang datang & bersalam dengan tuan rumah (selalunya mak ayah pengantin) sambil menyelitkan sampul berisi duit ketika berjabat tangan dengan tuan rumah). Ada tu sampai tak berani tunjuk muka time kenduri kahwin hanya semata-mata sengkek atau tuan rumah terlebih bijak buat kenduri di tengah bulan atau hujung-hujung bulan. Takut nanti kalau bersalam tangan kosong, tuan rumah pandang sinis, aik salam kosong je? Sedangkan hadiah (duit) tu nak bagi, bagilah, jangan diminta-minta atau diharap-harap pulak.

Permudahkanlah, jangan menyusahkan. Yassiru wa la tu'assiru. Kalau Tok Guru Haji Hadi Awang nikahkan orang, takde bersalam pun, duduk menghadap antara satu sama lain je. Ini ada pengantin lelaki yang bila tok kadi goncang je tangan, terus blank! Nak menunjukkan yang bersalam tu cuma adat yang baik, tak bersalam pun akad nikah tetap sah juga.

Bersambung ke part seterusnya kemudian...

2 comments:

amirsyuhada said...

btol la.. aku dlu 'time' nikah pn sama.. ini saksi pye hal la.. masa tu aku jwb akad "aku terima nikah (nama isteri) dengan mas kahwinnya 50 ringgit tunai..."..
blh lak srg saksi tu kata tk sah.. die kata perkataan 'nikah' tu msti bunyi 'ha pedas' bkn 'ha simpul'.. nk ikut bunyi makhraj huruf arab yg betul.. adus.. ulang la kali kedua, nsb baik ok je..

Fairuznisa said...

salam...bermanfaat sgt utk dikongsi..trimakasih =)

Post a Comment