Entri ini ialah nukilan suami empunya blog, Mohamed Hadi. (Isteri dah malas update blog sejak kawin, heh heh).
Kita dah selalu sangat dengar hadis Nabi yang mafhumnya lebih kurang, perempuan tu dinikahi kerana empat sebab, kerana kecantikannya, kekayaaannya, keturunannya & agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya nescaya kamu akan bahagia, au kama qal.
Yang dihighlight oleh ramai orang ialah pilihlah calon isteri kerana agama, apa-apa hal pun, agama paling penting. Itu dah tentulah betul, cuma ada pandangan yang kurang tepat yang menganggap "Tak cantik pun takpe, asalkan beragama", "Miskin pun takpe, asalkan beragama". Aku katakan kurang tepat sebab hadis Nabi dah list down empat kriteria untuk cari isteri (applicable jugak untuk perempuan yang nak cari suami) - maka seboleh-bolehnya carilah keempat-empat kriteria tu. Tak dapat empat, cari tiga pun jadilah, ada agama, cantik pun cantik, keturunan pun baik-baik, tak kaya pun takpe. Tak dapat tiga, dua pun jadilah, ada agama, cantik pun cantik, keturunan tak baik atau tak ketahuan pun takpe, sebab La taziru waziratun ukhra, keturunan dia tak baik tapi boleh jadi perempuan tu sendiri baik. Bila tak dapat semua, carilah yang beragama. Maknanya itu dikira last resort la, tak cantik, tak kaya, tak berketurunan, tapi asalkan beragama, tetap boleh dijadikan isteri.
Cumanya sebab isteri tu akan jadi teman sepanjang hayat, aku takleh subscribe pandangan orang "tak cantik pun takpe asalkan beragama", sedangkan isteri ni tempat jatuh pandangan kita. Kepala tengah serabut, bila tengok muka isteri, sejuk hati kita. Hati tengah panas, bila tengok muka isteri, sedap mata kita, tenang hati kita. Maknanya seorang isteri tu, to a certain extent, mestilah cantik di mata suami, tapi tak mesti cantik di mata orang lain. Macam mana nak datang ketenangan di hati suami kalau isteri dia tak cantik & bila dia pandang isteri dia, mata rasa berpasir je. Dan hati isteri pun tak tenang sebab dia tau dia tak cantik & dia tau suami dia pun tak berapa nak lalu bila pandang muka dia - makanya macam mana nak timbulkan suasana harmoni dalam rumahtangga bila ada pasangan yang tak lalu nak pandang muka pasangan dia.
Entri ni bukan untuk kondem perempuan yang tak cantik (atau yang merasakan dirinya tak cantik) sebab yakinlah, jodoh kita datang bukan sebab kita cantik atau tak cantik. Sebab tu lah agama ni benteng terakhir orang perempuan, kalau kaya takde, keturunan takde, cantik pun takde, adalah agama untuk dia berpegang & untuk menarik perhatian lelaki untuk dijadikan sebagai isteri. Tapi kalau dah tiga-tiga tu takde, dengan agama-agama pun hanyut sekali, apa lagi yang tinggal untuk dia?
Yang selalu aku perhatikan jugak, perempuan yang rasa diri dia tak cantik ni, sebenarnya bukan tak cantik di mata SEMUA orang, tapi tak cantik di mata sesetengah orang je. Hakikatnya ada lelaki yang berpandangan dia ni cantik, hatta perempuan kalau matanya juling sekalipun kalau dah ada lelaki yang berkenan, yang juling tu pun lelaki tu anggap sebagai kiut. Sebab tu orang kata cantik ni subjektif, majazi, sebab citarasa orang lain-lain. Ada yang taste dia kiut miut macam artis Korea atau Jepun (definitely bukan taste aku), ada yang taste dia chubby, ada yang taste dia tinggi lampai, hatta taste yang semengarut suka tahi lalat besar pun tetap ada orang minat - so percayalah tiap-tiap orang ada kelebihannya masing-masing.
Jadi yakinlah dengan jodoh yang beragama, tapi janganlah nafikan kepentingan kriteria yang lagi tiga tu, nescaya anda akan berbahagia. Dan aku percaya, setiap orang berhak untuk rasa bahagia asalkan betul cara dia mencari.
Saturday, May 21
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment