CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 21

Wajarkah bercouple dengan alasan "nak kenal hati budi"?

Apakah jawapan anda?

Masing-masing akan ada jawapan yang tersendiri, bergantung kepada pemahaman & fikrah individu tu sendiri.

Aku pun ada pandangan tersendiri yang turut dikongsi bersama isteri aku. Isteri aku sangatlah anti-couple & mendokong gagasan "bercinta selepas kahwin". Aku masa time belajar dulu tak kisah sangat bercinta sebelum kawin atau selepas kahwin sebab bagi aku, sebelum atau selepas tu, ketentuan Allah (sungguh salah pandangan ini, haha). Dan aku tak berhak nak hukum couple yang bercinta sebelum kahwin tu tak bahagia macam couple yang bercinta selepas kahwin.

Selepas satu insiden yang melanda diri aku, aku rasa sangat menyampah dengan coupling sebab bagi aku, selama mana pun kita kenal pasangan kita tu, ianya tak menjamin yang kita kenal dia 100%, entah-entah 10% pun tak sampai. Sebabnya KITA HANYA AKAN BETUL-BETUL KENAL PASANGAN KITA SELEPAS KITA BERKAHWIN. Jadi menjawab soalan di atas, adalah karut kalau nak coupling tu atas alasan nak kenal hati budi sebab kita takkan kenal hati budi selagi kita tak kahwin dengan orang tu.

Habis tu yang tak bercinta langsung sebelum kahwin tu, apa jaminan yang diorang akan bahagia selepas kahwin?

Kat sinilah letaknya kuasa doa & tawakkal.

Kita tak pernah tau & tak mungkin tau sebaik atau seburuk manakah bakal suami atau isteri kita, sebab tu pergantungan kita kepada Allah tersangat-sangat perlu. Dengan sedikit soal selidik mengenai latar belakang bakal suami / isteri (yang selalunya akan dijalankan secara terperinci oleh ibu bapa lelaki / perempuan tersebut), selalunya kita akan dapat gambaran kasar mengenai bakal suami / isteri tu. Solat istikharah & solat hajat pun takleh tinggal, sebab kita betul-betul perlukan petunjuk daripada Allah untuk menentukan betul atau salah pilihan kita ni. Dibandingkan dengan orang yang bercouple sekian lama, waktu tu pun diorang dah bonded abis, kiranya dah berjanji sehidup semati la, agak-agak ada terfikir ke "ya Allah betul ke dia ni sesuai untuk aku" sebab somehow waktu tu kita dah putuskan sendiri yang "dia ni memang sesuai untuk aku", kalau tak, takkanlah ke hulu ke hilir sama-sama ye tak? Dan berapa ramai pulak yang tertipu dengan lakonan pasangan masing-masing sebelum berkahwin, untuk menambat hati la kononnya, tapi selepas kahwin baru dia tau "ya Allah macam ni rupanya perangai suami aku!"

Berbalik semula kepada soalan, apakah jaminan yang bakal suami / isteri tu baik seperti mana yang diharapkan?

Di sinilah peranan doa kerana untuk bab-bab masa depan ni, manusia memang tak berkuasa langsung. Kita kena yakin yang takkanlah Allah nak bagi kita lingkup bila kita kahwin dengan si polan si polan tu. Dalam masa yang sama kalau pilihan kita tak seindah seperti yang disangka, kita kena bersangka baik sebab ini ujian yang Allah bagi supaya kita dapat pahala. Bila segala-galanya diserahkan kepada Allah, maka kita takkan salahkan sesiapa kalau apa-apa yang buruk berlaku pada masa akan datang sebab segala-galanya Allah dah tentukan.

Sekarang barulah aku faham kenapa orang dulu-dulu, tak pernah jumpa, tak pernah bercakap, tapi bila mak ayah dah pilihkan calon suami / isteri tu, anak akan terima tanpa cakap banyak. Dan rumahtangga diorang kekal sampai ke mati pulak tu. Agaknya kerana doa & keberkatanlah, bila kita tak contaminate hubungan awal sebelum kahwin tu dengan benda-benda yang dilarang oleh agama, maka segala yang berlaku selepas kahwin pun terpelihara daripada benda-benda yang tak disukai oleh kita.

Aku berpandangan sebegini sebab aku dah merasai kedua-dua fasa (cewah). Bercinta sebelum kahwin pun pernah, bercinta selepas kahwin pun pernah (in fact tengah bercinta lepas kahwin la ni) & aku merasakan cinta sebelum kahwin ni palsu belaka. Agaknya kalau aku tak kachiwa kerana kegagalan hubungan lalu maka aku takkan merasai betapa manisnya bercinta selepas kahwin ni. Dan terbukti benarlah pegangan isteri aku selama ni & aku rasa seronok sebab aku berjaya menolong dia untuk membuktikan pegangan dia selama ni benar belaka.

So untuk sesiapa yang membaca entri ni, percayalah, anda takkan "tak laku" hanya kerana menolak cinta kaum yang berlainan jenis dengan anda sebelum kahwin, sebab Islam memang tak pernah ajar pun bercinta sebelum kahwin. Untuk pasangan yang bercinta sebelum kahwin yang tak setuju dengan entri ni, entri ni tak bermaksud untuk memerli anda tapi sekiranya anda rasa apa yang anda lakukan sebelum ini 'tak kena' dengan tuntutan Syari'at, bertaubatlah & mulakan buku baru setelah kalian berumahtangga. Aku pun pernah buat silap dulu & aku bertaubat di atas kelalaian & kejahilan aku waktu dulu. Yang dah lepas tu lepaslah, Rabbana la tuakhizna in nasina aw akhta'na.

Seboleh-boleh semua orang nak kahwin sekali je seumur hidup, maka pastikanlah perkara yang sekali je seumur hidup ni, kita buat sehabis baik menurut tuntutan agama.

Yang benar,
Suami Sarah Shahimah.

0 comments:

Post a Comment