CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, September 3

Azizi Hj. Abdullah: Sasterawan Negara yang dinafikan

Entri ini ditulis pada 21 Ogos 2011, tak lama selepas diberitakan bahawa cikgu Azizi meninggal dunia akibat komplikasi jantung. 

Aku tak tahu apa lagi sebab cikgu Azizi tak layak diiktiraf sebagai Sasterawan Negara (SN), melainkan kerana dia tak sealiran dengan kerajaan yang memerintah sekarang. Bukan untuk menidakkan kelayakan SN-SN yang lain, tapi sewaktu S.Othman Kelantan, Anwar Ridhwan & kemudiannya Kemala dinobatkan sebagai SN, aku jadi pelik, hebat apanya karya mereka berbanding dengan cikgu Azizi? Ya, mungkin kerana kelayakan akademik mereka lebih (agaknyalah), tapi kalau karya-karyanya tak menjalar ke hati & sanubari rakyat, tak guna jugak. Sewaktu Datuk Abdullah Hussain menjadi SN pada 1996 (yang ni kelayakan akademiknya tak seberapa), aku merasakan beliau macam tak berapa layak untuk jadi SN. (Setelah ditabalkan sebagai SN aku telah membaca karya-karyanya satu demi satu tapi aku boleh kata yang betul-betul mengesankan cuma Imam sahaja, Interlok, Masuk ke Dalam Cahaya & Konserto Terakhir secara peribadi aku rasa agak bosan).

Mungkin itulah harga yang perlu cikgu Azizi bayar kerana mempertahankan pandangan politiknya. Kalau dia 'bersabar' & jadi macam Pak Samad atau Pak Shahnon, ya barangkali gelaran SN sudah dipegang olehnya.

Kawin-Kawin, Seorang Tua di Kaki Gunung, Sangeetha, Beruk, Harga Sebuah Maruah, Tukcai, Ayahanda merupakan antara novel-novel cikgu Azizi yang sempat aku jamah & betapa aku kagum dengan usaha prolifiknya menulis, sama ada diiktiraf atau pun tidak. Kebetulan pula kebanyakan karyanya memenangi pelbagai hadiah, justeru bila dah menang macam-macam pun masih belum layak jadi SN, siapa yang tak pelik ye tak? Namun siapalah aku untuk menilai.

Dengan cikgu Azizi, aku belajar erti sarkastik dalam penulisan (bukanlah aku ni seorang penulis pun). Samad Said lebih kepada santun halus dalam mengibaratkan sesuatu, Shahnon Ahmad pula keras tegas dalam memberi tamsilan. Satu lagi kelebihan cikgu Azizi, satiranya memukau juga. Novel seserius Kawin-Kawin pun aku boleh tergelak lewat frasa seret kulai, seret kulai.

Almarhum cikgu Azizi pergi meninggalkan kita dengan dijemput Ilahi pada bulan Ramadan. Itu merupakan penghargaan Ilahi yang jauh lebih tinggi daripada anugerah SN.

Terima kasih cikgu kerana ilmu & ibarat yang diberikan.

Al-fatihah.

Kerajaan Johor iktiraf ketokohan Mat Indera

(Artikel ini telah tersiar di laman web Harakahdaily, 3 September 2011. Terdapat sedikit penambahan di dalam versi blog ini)

Mohamed Hadi al-Majwi


Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau. Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!

Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera

Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.



Siapa Mat Indera

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong

Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasong Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.


Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan

Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.

Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".

Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.

Rasional bukan emosi

Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang. Sumber yang saya utarakan ini pun bukannya daripada Wikileaks atau maklumat daripada kerajaan British, tapi berdasarkan buku terbitan Yayasan Warisan Johor. Johor tau, Johor, tempat Umno beranak, negeri Umno terkuat di dunia. Sumber satu hala ini pun boleh meraikan perbezaan, kenapa kita masih tak mahu mengerti?



Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan". Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?

Sunday, May 29

Karut-marut dalam akad nikah

Aku sudah melihat beberapa kali majlis akad nikah sebelum aku sendiri melafazkan akad nikah. Walaupun lafaz akad nikah ni nampak simple tapi orang yang melafazkannya (pengantin lelaki) sajalah yang faham debarannya. Aku sendiri secara peribadi takde rasa berdebar ke apa, hatta bila dah sampai di Masjid Kampung Pulau Rusa (tempat akad nikah) pun, aku masih lagi tak rasa apa-apa. Cool lah konon-konon tu. Tapi bila aku duduk je atas bantal pengantin lelaki & menghadap bakal ayah mentua, masa tu aku rasa macam gelap semacam. Waktu ayah mentua aku hulur tangan, aku rasa macam duduk tak jejak kat tanah. Aku pilih untuk tak nak fikir apa-apa waktu tu, sebab kalau fikir, ianya akan mengganggu konsentrasi.

Lafaz ijab & kabul mengambil masa tak sampai 10 saat pun tapi dalam masa tak sampai 10 saat itulah, aku rasa langit macam nak runtuh. Bila tok kadi kata SAH je, rasa macam terlepas daripada hukuman gantung sampai mati, rasa macam diberi satu lagi nyawa untuk hidup. Alhamdulillah, semuanya selesai dengan hanya sekali lafaz. Yang menariknya, aku tak pernah rehearsal pun. Cuma kira-kira seminggu sebelum nikah aku ada berjumpa ayah mentua & kami berbincang soal akad nikah ni. Ayah mentua bertanyakan kepada aku, selalunya dengar orang lafaz kabul ni macam mana. Terus aku teringat time member baik aku Wan Adam al-Baqir nikah, dia cuma setakat sebut "Aku terima nikahnya dengan mas kahwin seperti yang tersebut". So aku kata kalau boleh aku nak jawab macam tu la (nak senang-senang je sebenarnya, haha). Ayah mentua pun kata "Elok dah tu, cuma hujung tu tambah "yang tersebut ITU"". Aku no hal je, heheh. So betapa mudahnya akad nikahnya ni, pengantin lelaki tak payah nak ulang balik nama isteri & kadar mas kahwin, cukup sekadar reference "nya" & "tersebut" yang merujuk kepada nama isteri & kadar mas kahwin. Kalau nak diikutkan lagi mudah, biar pengantin lelaki sendiri kata "Tok imam, nikahkan saya dengan si polan binti si polan..." & tok kadi cuma perlu jawab "Ya, saya nikahkan", maka sudah sah nikah tu. Apa yang nak disusah-susahkan sangat?

Aku rasa bab ijab & kabul ni bergantung kepada sejauh mana orang-orang di sekeliling mahu untuk mempermudahkannya. Aku perhatikan banyak sangat dah terpesong bab ijab & kabul ni sampai menyusahkan pengantin sampai berpeluh-peluh & tergagap-gagap. Antara yang sempat aku observe (sama sekali tidak berniat untuk menyentuh mana-mana pihak tapi kalau terkena tu kira nasiblah ye):

1. Lafaz kabul (pengantin lelaki) mestilah dalam satu nafas. Ini ialah budaya paling karut sekali dalam akad nikah & tok kadi yang insist untuk buat benda ni elok dilempar je ke dalam laut. Siapa yang ajar entah lafaz ijab & kabul mesti dalam satu nafas. Yang sebetulnya lafaz ijab & kabul mesti dalam satu majlis. Misalnya, lepas tok kadi kata "Aku nikahkan akan dikau...", pengantin lelaki hendaklah segera menyambut "Aku terima nikahnya...", tanpa bertangguh terlalu lama. Maknanya kalau lepas tok kadi sebut "Aku nikahkan akan dikau..." tiba-tiba pengantin lelaki kata "Tok imam, kita minum dulu...", tu baru terputus majlis. Atau semasa pengantin lelaki kata "Aku terima nikahnya si polan binti si polan dengan mas kahwinnya, eh, berapa eh?" lepas tu ada lak saksi yang menyahut "RM10,000", dalam keadaan macam tu baru dikira majlis terputus. Kalau sekadar menarik nafas sebab nama pengantin perempuannya panjang sangat, itu tak dikira apa-apa, lafaz kabul masih sah. Kenapa nak suruh pengantin lelaki ulang semula?

2. Nama kalau ada @, misalnya Siti binti Abu @ Ali, so bila lafaz kita akan sebut Abu alias Ali. Ada sesetengah tok kadi yang kata jangan sebut alias sebab nama akan berubah menjadi Abu Alias Ali. So tok kadi akan suruh sebut Abu kemudian diam 2,3 saat sebelum sebut Ali. Ini pun karut jugak sebab kalau dah kat majlis tu, ada sorang je Siti binti Abu alias Ali & semua orang tau nama tu merujuk kepada empunya diri yang ada kat situ, kita bukan refer anak Abu Alias Ali yang entah wujud atau tak. Kalau diam, ianya bukan Abu @ Ali, tapi Abu Ali, mana ada Siti binti Abu Ali dalam majlis akad nikah tu? (Kalau nak ikut logik tok kadi tu la kan). So nak sebut Abu alias Ali ke, Abu atau Ali atau sebut Abu saja atau Ali saja, semuanya sah. Tak ke naya kat pengantin lelaki kalau disuruh ulang semula.

3. Pernah aku dengar pengantin lelaki berbalah dengan tok kadi soal mas kahwin apabila pasangan pengantin memilih untuk menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin. Katalah mas kahwinnya 10 dinar Kelantan, 1 dinar = RM700, maka 10 dinar = RM7000. Sebenarnya kalau disebut lafaz ijab & kabul "dengan mas kahwinnya 10 dinar Kelantan" pun sudah sah tapi ada tok kadi bingung yang insist sebut "dengan mas kahwinnya 10 dinar Kelantan bersamaan RM7000". Masalahnya harga dinar emas tak setetap tu, ada masanya 1 dinar boleh jadi RM699, maka kalau niat mas kahwinnya RM10,000, berapa dinar yang diperlukan untuk mencukupkan RM10,000, kan dah pening kepala! Sebenarnya cukuplah disebut berapa dinar Kelantan, kalau 10 dinar, 10 lah, kalau 20, 20 lah. Kenapa pulak nak kena ada bersamaan, ini bukannya kelas matematik!

Itu sekadar tiga contoh untuk bab ijab & kabul je. Belum masuk soal mahar / mas kahwin / hantaran, kenduri, majlis bertandang, pelamin, bersanding & lain-lain lagi. Kebanyakan adat & budaya sangat menyusahkan pengantin baik yang lelaki mahu pun yang perempuan.

Ambil contoh majlis resepsi misalnya, kalau diadakan waktu malam, mesti pengantin perempuan (kadang-kadang dengan pengantin lelaki sekali) skip solat maghrib atas alasan boleh qada' nanti (mazhab mana ntah yang ajar boleh qada' solat atas sebab make up untuk majlis kahwin). Yang buat kenduri siang pun tak kurang sakannya, kalau buat tengahari, membawak sampai ke petang, habis dengan pengantin, mak ayah pengantin, adik-beradik pengantin semua tak solat zohor dek kerana sibuk melayan tetamu. Di manakah keberkatannya? Jawablah sendiri.

Bab datang jemputan walimah pun satu hal juga. Di sesetengah tempat, "salam cangkuk" tu dah macam wajib bagi tetamu. (Salam cangkuk ialah terminologi yang digunakan oleh tetamu yang datang & bersalam dengan tuan rumah (selalunya mak ayah pengantin) sambil menyelitkan sampul berisi duit ketika berjabat tangan dengan tuan rumah). Ada tu sampai tak berani tunjuk muka time kenduri kahwin hanya semata-mata sengkek atau tuan rumah terlebih bijak buat kenduri di tengah bulan atau hujung-hujung bulan. Takut nanti kalau bersalam tangan kosong, tuan rumah pandang sinis, aik salam kosong je? Sedangkan hadiah (duit) tu nak bagi, bagilah, jangan diminta-minta atau diharap-harap pulak.

Permudahkanlah, jangan menyusahkan. Yassiru wa la tu'assiru. Kalau Tok Guru Haji Hadi Awang nikahkan orang, takde bersalam pun, duduk menghadap antara satu sama lain je. Ini ada pengantin lelaki yang bila tok kadi goncang je tangan, terus blank! Nak menunjukkan yang bersalam tu cuma adat yang baik, tak bersalam pun akad nikah tetap sah juga.

Bersambung ke part seterusnya kemudian...

Sunday, May 22

Nur Kasih the Movie

Baru-baru ni kami menonton Nur Kasih the Movie (NKTM). Aku agak mengikuti drama ni jugak time chambering dulu. Bukanlah peminat setia, tapi time chambering dulu, kitorang (aku, Daim & Zuk selalunya) selalu balik lambat dari ofis & mana-mana kedai yang kitorang singgah makan, mesti tayang Nur Kasih. Yang sakannya akak-akak secretary firm kitorang, pukul 6 sharp, semua tutup kedai hari Jumaat sebab nak mengejar Nur Kasih. Isteri aku pulak memang tak follow drama ni tapi dek kerana nak tengok jugak (sebab semua orang pun nak tengok), maka kami pun tengoklah filem ni sama-sama.

Apa yang diharapkan melalui NKTM?

Secara jujurnya, kami (cewah, kami) berpendapat filem ni terlalu besar gagasannya & gagasan tersebut tak muat untuk disumbat dalam filem yang hanya sekadar sejam setengah. Kalau disambung semula Nur Kasih part 2 sebagai drama bersiri, rasanya lebih molek.

Yang membuatkan kami terganggu ialah filem ni melompat-lompat seolah-olah tak sempat-sempat nak kejar sesuatu, tapi tak tau apa. Agaknya nak mengejar "mesej & pengajaran" kot. Banyak sub-plot yang boleh dikupas dengan lebih baik lagi (obviously kalau buat drama, lebih banyak konflik boleh ditonjolkan sebab masa lebih panjang).

Kami jugak terganggu sebab filem ni terlalu beriya-iya (paling tak bole blah cari cincin kahwin kat padang pasir & Nur cari suami seantero padang pasir). CGI yang koman & sungguh tak real juga mencemarkan pandangan. Aku secara peribadi berasa lebih terganggu sebab shooting kat ISTAC, Jalan Duta tapi digambarkan macam kat Jordan (dan aku tau lokasi tu ialah ISTAC). Kalau korang nak tau, part yang shooting kat ISTAC ialah scene Adam mimpi kena tembak kat pasar Jordan, scene Nur jumpa Aidil kat kedutaan Malaysia kat Jordan (rasanyalah kedutaan Malaysia), tu semua kat ISTAC tu. Juga scene Nur singgah solat kat kononnya satu masjid kat Jordan, sebenarnya scene solat tu dalam masjid ISTAC.

Walau apa pun kelemahan filem ni, tapi aku sangat setuju apabila setiap ujian yang kita terima sebenarnya ialah peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Kita ni kena diuji dulu baru nak ingat Allah, kalau senang sentiasa, memang komfem lupa Allah. Kita semua pernah merasai saat diuji & aku percaya, saat-saat diuji itulah merupakan saat kita paling dekat dengan Allah.

Maka janganlah mencemuh & mengeluh dengan ujian yang kita terima. Allah nak bagi pahala tu, sebab tu jangan merungut.

Saturday, May 21

Apabila Allah mempermudahkan jodoh...

Ramai dah orang bertanya macam mana aku boleh berkenalan dengan isteri aku, sampailah dah selamat pun jadi suami isteri sekarang. 






Ceritanya boleh jadi panjang berjela, boleh jadi pendek yang amat. Jawapan pendeknya ialah "dah jodoh", maka jawapan panjangnya ialah, nantilah aku ceritakan dalam blog ni, nak bagi saspen sket.

Cerita jodoh kami sekadar membuktikan bahawa jodoh ni ketentuan mutlak Allah & apabila jodoh dah sampai, tak ada sesiapa pun yang boleh menghalangnya.

Alhamdulillah.

Wajarkah bercouple dengan alasan "nak kenal hati budi"?

Apakah jawapan anda?

Masing-masing akan ada jawapan yang tersendiri, bergantung kepada pemahaman & fikrah individu tu sendiri.

Aku pun ada pandangan tersendiri yang turut dikongsi bersama isteri aku. Isteri aku sangatlah anti-couple & mendokong gagasan "bercinta selepas kahwin". Aku masa time belajar dulu tak kisah sangat bercinta sebelum kawin atau selepas kahwin sebab bagi aku, sebelum atau selepas tu, ketentuan Allah (sungguh salah pandangan ini, haha). Dan aku tak berhak nak hukum couple yang bercinta sebelum kahwin tu tak bahagia macam couple yang bercinta selepas kahwin.

Selepas satu insiden yang melanda diri aku, aku rasa sangat menyampah dengan coupling sebab bagi aku, selama mana pun kita kenal pasangan kita tu, ianya tak menjamin yang kita kenal dia 100%, entah-entah 10% pun tak sampai. Sebabnya KITA HANYA AKAN BETUL-BETUL KENAL PASANGAN KITA SELEPAS KITA BERKAHWIN. Jadi menjawab soalan di atas, adalah karut kalau nak coupling tu atas alasan nak kenal hati budi sebab kita takkan kenal hati budi selagi kita tak kahwin dengan orang tu.

Habis tu yang tak bercinta langsung sebelum kahwin tu, apa jaminan yang diorang akan bahagia selepas kahwin?

Kat sinilah letaknya kuasa doa & tawakkal.

Kita tak pernah tau & tak mungkin tau sebaik atau seburuk manakah bakal suami atau isteri kita, sebab tu pergantungan kita kepada Allah tersangat-sangat perlu. Dengan sedikit soal selidik mengenai latar belakang bakal suami / isteri (yang selalunya akan dijalankan secara terperinci oleh ibu bapa lelaki / perempuan tersebut), selalunya kita akan dapat gambaran kasar mengenai bakal suami / isteri tu. Solat istikharah & solat hajat pun takleh tinggal, sebab kita betul-betul perlukan petunjuk daripada Allah untuk menentukan betul atau salah pilihan kita ni. Dibandingkan dengan orang yang bercouple sekian lama, waktu tu pun diorang dah bonded abis, kiranya dah berjanji sehidup semati la, agak-agak ada terfikir ke "ya Allah betul ke dia ni sesuai untuk aku" sebab somehow waktu tu kita dah putuskan sendiri yang "dia ni memang sesuai untuk aku", kalau tak, takkanlah ke hulu ke hilir sama-sama ye tak? Dan berapa ramai pulak yang tertipu dengan lakonan pasangan masing-masing sebelum berkahwin, untuk menambat hati la kononnya, tapi selepas kahwin baru dia tau "ya Allah macam ni rupanya perangai suami aku!"

Berbalik semula kepada soalan, apakah jaminan yang bakal suami / isteri tu baik seperti mana yang diharapkan?

Di sinilah peranan doa kerana untuk bab-bab masa depan ni, manusia memang tak berkuasa langsung. Kita kena yakin yang takkanlah Allah nak bagi kita lingkup bila kita kahwin dengan si polan si polan tu. Dalam masa yang sama kalau pilihan kita tak seindah seperti yang disangka, kita kena bersangka baik sebab ini ujian yang Allah bagi supaya kita dapat pahala. Bila segala-galanya diserahkan kepada Allah, maka kita takkan salahkan sesiapa kalau apa-apa yang buruk berlaku pada masa akan datang sebab segala-galanya Allah dah tentukan.

Sekarang barulah aku faham kenapa orang dulu-dulu, tak pernah jumpa, tak pernah bercakap, tapi bila mak ayah dah pilihkan calon suami / isteri tu, anak akan terima tanpa cakap banyak. Dan rumahtangga diorang kekal sampai ke mati pulak tu. Agaknya kerana doa & keberkatanlah, bila kita tak contaminate hubungan awal sebelum kahwin tu dengan benda-benda yang dilarang oleh agama, maka segala yang berlaku selepas kahwin pun terpelihara daripada benda-benda yang tak disukai oleh kita.

Aku berpandangan sebegini sebab aku dah merasai kedua-dua fasa (cewah). Bercinta sebelum kahwin pun pernah, bercinta selepas kahwin pun pernah (in fact tengah bercinta lepas kahwin la ni) & aku merasakan cinta sebelum kahwin ni palsu belaka. Agaknya kalau aku tak kachiwa kerana kegagalan hubungan lalu maka aku takkan merasai betapa manisnya bercinta selepas kahwin ni. Dan terbukti benarlah pegangan isteri aku selama ni & aku rasa seronok sebab aku berjaya menolong dia untuk membuktikan pegangan dia selama ni benar belaka.

So untuk sesiapa yang membaca entri ni, percayalah, anda takkan "tak laku" hanya kerana menolak cinta kaum yang berlainan jenis dengan anda sebelum kahwin, sebab Islam memang tak pernah ajar pun bercinta sebelum kahwin. Untuk pasangan yang bercinta sebelum kahwin yang tak setuju dengan entri ni, entri ni tak bermaksud untuk memerli anda tapi sekiranya anda rasa apa yang anda lakukan sebelum ini 'tak kena' dengan tuntutan Syari'at, bertaubatlah & mulakan buku baru setelah kalian berumahtangga. Aku pun pernah buat silap dulu & aku bertaubat di atas kelalaian & kejahilan aku waktu dulu. Yang dah lepas tu lepaslah, Rabbana la tuakhizna in nasina aw akhta'na.

Seboleh-boleh semua orang nak kahwin sekali je seumur hidup, maka pastikanlah perkara yang sekali je seumur hidup ni, kita buat sehabis baik menurut tuntutan agama.

Yang benar,
Suami Sarah Shahimah.

Tunkahul mar-ah...

Entri ini ialah nukilan suami empunya blog, Mohamed Hadi. (Isteri dah malas update blog sejak kawin, heh heh).

Kita dah selalu sangat dengar hadis Nabi yang mafhumnya lebih kurang, perempuan tu dinikahi kerana empat sebab, kerana kecantikannya, kekayaaannya, keturunannya & agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya nescaya kamu akan bahagia, au kama qal.

Yang dihighlight oleh ramai orang ialah pilihlah calon isteri kerana agama, apa-apa hal pun, agama paling penting. Itu dah tentulah betul, cuma ada pandangan yang kurang tepat yang menganggap "Tak cantik pun takpe, asalkan beragama", "Miskin pun takpe, asalkan beragama". Aku katakan kurang tepat sebab hadis Nabi dah list down empat kriteria untuk cari isteri (applicable jugak untuk perempuan yang nak cari suami) - maka seboleh-bolehnya carilah keempat-empat kriteria tu. Tak dapat empat, cari tiga pun jadilah, ada agama, cantik pun cantik, keturunan pun baik-baik, tak kaya pun takpe. Tak dapat tiga, dua pun jadilah, ada agama, cantik pun cantik, keturunan tak baik atau tak ketahuan pun takpe, sebab La taziru waziratun ukhra, keturunan dia tak baik tapi boleh jadi perempuan tu sendiri baik. Bila tak dapat semua, carilah yang beragama. Maknanya itu dikira last resort la, tak cantik, tak kaya, tak berketurunan, tapi asalkan beragama, tetap boleh dijadikan isteri.

Cumanya sebab isteri tu akan jadi teman sepanjang hayat, aku takleh subscribe pandangan orang "tak cantik pun takpe asalkan beragama", sedangkan isteri ni tempat jatuh pandangan kita. Kepala tengah serabut, bila tengok muka isteri, sejuk hati kita. Hati tengah panas, bila tengok muka isteri, sedap mata kita, tenang hati kita. Maknanya seorang isteri tu, to a certain extent, mestilah cantik di mata suami, tapi tak mesti cantik di mata orang lain. Macam mana nak datang ketenangan di hati suami kalau isteri dia tak cantik & bila dia pandang isteri dia, mata rasa berpasir je. Dan hati isteri pun tak tenang sebab dia tau dia tak cantik & dia tau suami dia pun tak berapa nak lalu bila pandang muka dia - makanya macam mana nak timbulkan suasana harmoni dalam rumahtangga bila ada pasangan yang tak lalu nak pandang muka pasangan dia.

Entri ni bukan untuk kondem perempuan yang tak cantik (atau yang merasakan dirinya tak cantik) sebab yakinlah, jodoh kita datang bukan sebab kita cantik atau tak cantik. Sebab tu lah agama ni benteng terakhir orang perempuan, kalau kaya takde, keturunan takde, cantik pun takde, adalah agama untuk dia berpegang & untuk menarik perhatian lelaki untuk dijadikan sebagai isteri. Tapi kalau dah tiga-tiga tu takde, dengan agama-agama pun hanyut sekali, apa lagi yang tinggal untuk dia?

Yang selalu aku perhatikan jugak, perempuan yang rasa diri dia tak cantik ni, sebenarnya bukan tak cantik di mata SEMUA orang, tapi tak cantik di mata sesetengah orang je. Hakikatnya ada lelaki yang berpandangan dia ni cantik, hatta perempuan kalau matanya juling sekalipun kalau dah ada lelaki yang berkenan, yang juling tu pun lelaki tu anggap sebagai kiut. Sebab tu orang kata cantik ni subjektif, majazi, sebab citarasa orang lain-lain. Ada yang taste dia kiut miut macam artis Korea atau Jepun (definitely bukan taste aku), ada yang taste dia chubby, ada yang taste dia tinggi lampai, hatta taste yang semengarut suka tahi lalat besar pun tetap ada orang minat - so percayalah tiap-tiap orang ada kelebihannya masing-masing.

Jadi yakinlah dengan jodoh yang beragama, tapi janganlah nafikan kepentingan kriteria yang lagi tiga tu, nescaya anda akan berbahagia. Dan aku percaya, setiap orang berhak untuk rasa bahagia asalkan betul cara dia mencari.

Wednesday, April 20

Monday, April 18

"barbie and kent" "prince and princess"

 "happily ever after" "perfect love stories"...sgt la NON-SENSE...haha..x brmksud aku jealous sama mereka, cuma itu trsgt la x brape nk logik.. wujud ke bahagia selama-lamanya? sbg org islam,kita kena sntiasa igt bahawa ujian dari ALLAH tu adalah salah satu cara bagi ALLAH utk tunjukkn kasih sayang, mana x nye,kalau la duk bahagia sepanjang hayat,u will never know the sweetness of having a happy life..sbb tu la lepas derita akn ade bahagia,sbb tu jugak la wujudnya kesusahan yg akan  mengajar kita utk mngenali apa itu nikmat KESENANGAN....ingatlah wahai manusia! kebahagiaan tu x kan wujud kalau x de kesusahan, so, mmg x wujud la istilah "they live happily ever after"...
(aku merapuuuuuuu)

berbalik kpd topic "barbie and kent""prince and princess"...utk pngetahuan dunia, topic ni di ilhamkan oleh satu pasangan yg aku jumpa kat kedai makan tghari tadi...aku SANGAT TERHARU melihat kebahagiaan pasangan tu...mereka seolah2 x kisah dgn pandangan2 BUSUK manusia yg brhati busuk....huu,okay,mcm ni la,sbnrnya apa yg mmbuatkn aku trtarik sgt dgn diorg is paras rupa mereka..hmm, "suami SANGAT3 HANDSOME, isteri SANGAT3 BIASA"...wajib utk aku beristighfar lepas tgk diorg sbb hati busuk aku berdetik gak la sikit...huisshh,hnsemnye! ASTAGHFIRULLAH!!!.. aku lah manusia yg hina..huhhhh..=(
okay,merapu lagiiii...
brbalik kpd topic,apa relation antara pasangan yg aku jumpa dgn topic entry aku kali ni? haha,aku la yg kena jawabkannn..=p...slama ni sejak dr kecikkkkkk lagi aku slalu je rasa yg kalau suami dia hensem,isteri WAJIB cantik..ni sume gara2 byk tengok byk sgt citer2 FAIRYTALES dan suka dgn BARBIE AND KENT....ni la cara2 org barat nk sesatkan kanak2 islam, kanak2 prmpuan akn slalu rse x puas hati dgn WAJAH DAN PENAMPILAN mereka sbb x secantik barbie,x secantik cinderella...huh,aku mengaku yg aku prnah merasai prsaan tu,bahkan smpai skrg pn kadang2 aku rse mcm tu,dan yg TERUKNYE, ni mnyebabkn aku TAKDE SELF CONFIDENCE...huh!! PATHETIC gilossss aku ni....sumenye disebabkan RUPA..sedihhhhhh nyerrrr....
brbalik kpd pasangan yg aku jumpa tu, sang suami tu telah mnyebabkan aku trse nk mngalirkn airmata...haha..emo giler aku time tu...bukan ape,laki tu punyelah HOTTTTT STUFFF, bini dia kureng sangattt la,TAPIIIIII,laki tu lnsung x memandang rupa..OMG!! mana nk cari org cmtuu? ssh weyhhh, laki zaman skrg ni kalau x lawa dia tolak tepi..alahhh,budak2 laki dalam JEMAAH pn sama jer...atas nama perjuangan la katakan, tapi diorg nk cop yg CUN2 jer..hahaha..lumrah la katakan..BOOOOOO!!! =p...

so???? apa kesimpulan yg patut aku buat? tahhhh,aku pn x tahu,tp apa2 pun,aku sangat RESPECT kalau laki hnsem pilih seorg wanita bukan atas dasar kecantikan luaran,tp ats kcntikan dalaman prmpuan tu...awwwwww,,SWEEEEETTT gitewww...hehe..=p

TO WHOM IT MAY CNCERN: thanxxxxxxx 4 choosing me...sangatttt TERHARU okayyy......x sangka wujud seorg lelaki yg sudi menerima diri sy yg hina ni..i'll never break ur heart my dear~











this song reminds me of someone..=)


If you're not the one then why does my soul feel glad today?
If you're not the one then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine then why does your heart return my call
If you are not mine would I have the strength to stand at all

I never know what the future brings
But I know you are here with me now
We'll make it through
And I hope you are the one I share my life with

I don't want to run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?

If I don't need you then why am I crying on my bed?
If I don't need you then why does your name resound in my head?
If you're not for me then why does this distance maim my life?
If you're not for me then why do I dream of you as my wife?

I don't know why you're so far away
But I know that this much is true
We'll make it through
And I hope you are the one I share my life with
And I wish that you could be the one I die with
And I pray in you're the one I build my home with
I hope I love you all my life

I don't want to run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?

‘Cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away
And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today
‘Cause I love you, whether it's wrong or right
And though I can't be with you tonight
You know my heart is by your side

I don't want to run away but I can't take it, I don't understand
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?

Sunday, April 17

" BERSEDIAKAH? "

hurmm...ada apa dgn prkataan "bersedia" tu? hihihi
okay,bg manusia2 yg bakal mendirikan masjid,msti soalan wajib dari kawan2 mcm ni 
" nk kawin? tahniahhh!! hmm,tp ko dh SEDIA ke?"
wuuuuuu...soalan panas giteww....har..harr..tapi.untuk makluman anda semua, x pernah ku jumpa org yg brasa dirinya dh bersedia sepenuhnya, sbb msti akn ade rse ketidak sediaan tu..(teruk gile grammar aku...xpe,kte Bakor jer..=p)  bukan apa, dr apa yg telah ku lihat selama ini, seorang manusia x kan pernah bersedia....termasuklah aku di sini...huuu...(ade kot yg sedia,tp SANGAT SEDIKIT)
kalau nk kata "weyh, aku dh sedia nk kawin"...ramai je yg ckp cmtu,pdhalllll diorg x sedia pn sbnrnya...so,kalau nk di ikutkan sgt hati psl sedia x sedia tu, mmg x jadi keje laaa...teruskan je walau ade rse x sedia....hehe,ni bab kawin la kot..even aku yg nk kawin ni kalau org tnye "dh sedia ke?"...mmg x laaaaa...sume mnde pn mak ayah aku uruskan lagi.. jawab hati kecilku(monolog dalaman jap)....
so,begitulah kisahnya dgn "BERSEDIA" ni.. sabab musabab aku tulis mnde ni pn sbb bila "org" tu tnye dh sedia ke? ak pn jwb x...haha...tp ak xplain la knp ak jwb cmtu...hehe~

p/s: ntah apa khulasoh entry ak ni,..haha...like usual,sekadar prkongsiannn..=) 
SHARING IS CARING..muaahhh=)

SEBELUM TERLENA

nk share lagu feveret niii..lagu ni sangat la menyentuh jiwa,sentappp woooo...hehe...tp siyesly bole wat korang rse insaf bila dgr alunan suara nye,tapi lirik tu kena la hayati....


Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebnelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku

Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu

11.34pm 17/4/2011

tiktok tiktok~


jam berdetik tanpa henti,
masa pun x kan terulang kembali, 
ku teruskan langkah tanpa henti, 
kerna ku yakin padamu ya ILAHI...


bila terkenang kan kisah2 lama, rasa mcm nk ulang balik je sume memori tu..
tak campur lagi dgn kesilapan2 yg prnah aku buat smpai rse nk ulang balik dan tekan butang ERASE...huh, tapi sume tu IMPOSSIBLE, sbg insan yg lemah,aku hnya mmpu teruskan langkah dgn penuh kyakinan kpd sang pencipta, YA ALLAH,kau bawalah hatiku ini ke jalan yg kau redhai...


haishhhh~ WHY? KENAPA? kalau duk pikir psl kisah2 silam,bole gila kott....baiklah aku pikir pasal masa depan, wat rancangan utk keluarga, pikir nk anak brape ke ,nk keje apa ke, nk kereta jenama apa, nk rumah mcm mana...nk laki mcm mana tu x yah dah sbb bab jodoh ni ALLAH dh tetapkan,kita hnya mmpu berdoa,usaha pun kena,tp bukan dgn cara yg haram sbb islam x mnghalalkan cara...antara usaha yg perlu kita lakukan ialah 


1)banyakkan doa , 


2)berusaha la untuk mmperelokkan diri dulu sbb korang msti nk pasangan yg soleh kan? so,first step is korang perlu soleh/solehahkan diri korang dulu....msti ade EFFORT okayyy..=)


3)bergaul lah dgn org2 yg baik..=)


4) yg paaaaaling PENTING ialah korang WAJIB yakin dgn ALLAH, jgn ade sekelumit pn rasa keraguan sbb HE knows the best 4 u...so doa dan YAKIN okay..=)


ni antaranya la,sbb banyaaaaaaaaaak lg usaha2 yg lain.....


HAHAHA..tibe2 rse nk trgelak sbb aku bknnye pro pn psl mnde2 ni,tp skdr perkongsian brdasarkan pngalaman...dan jgn lupa, KEBERKATAN tu yg kita cari so pndai2 la korang ye..hehe..~


p/s: sorry la kalau merapu sgt...ngeh3..=p



ASSALAMUALAIKUM dunia..

wuuuu..setelah brtahun2 mnyimpan hasrat utk memiliki blog,akhirnyaaa tercapai jua..heheh..=p
hmm, slalunye org2 HOT je yg nk wat blog ni, ak ni dpt exception la drpd manusia2 HOT tu sbb aku x HOT tapi COOL jer..huu~ wlaupn hidup ak ni x la seindah mana kalau nk di publish dalam blog ni,tp dgn adanya blog ni, ada la jugak tempat utk aku "MUNTAHKAN" pandangan2 yg kurang bernas trhdp isu2 agama,dunia,negara,keluarga and sume mnde la..cewah! bajet je kan...HAHA..=p....